Monday, 15 January 2018

Tips dan Persediaan Majlis Perkahwinan


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

It has been a while since I don't blog and it feels awkward to write again. But Insha Allah I will try my best this time :)

1. Tetapkan Bajet

Bila kita dah plan untuk berkahwin, benda yang paling penting adalah tetapkan bajet untuk majlis yang akan kita buat. Tapi untuk estimate budget ni kita kena ada sedikit info mengenai harga sewa dewan/ khemah , catering , kad jemputan, doorgift, hantaran, pelamin, make up, persalinan akad nikah , persalinan bersanding , persalinan bertandang, mas kahwin, wang hantaran , barangan hantaran dan PA system.

Untuk dapatkan estimation cost ni, kena banyak survey. Bila dah survey, kita boleh buat comparison mana yang terbaik. Macam majlis kami yang sebelum ni, memang pening kepala nak decide mana yang terbaik dari segi majlis. Last sekali kami decide untuk satukan majlis pihak lelaki dan pihak perempuan dalam satu majlis memandangkan kami ni asal dari satu negeri dan point yang paling penting sebab nak jimat. Akad nikah pun kami buat pada hari yang sama dan di tempat yang sama.

Lain orang lain budget , lain keperluan dan kehendak. Setiap orang ada dream wedding yang tersendiri, kalau dia mampu dia boleh buat lebih , tapi untuk yang terpaksa strict to the budget ni kena bear in mind awal-awal kalau kita nak lebihkan bahagian A , kita kena kurangkan sedikit untuk bahagian B dan begitulah seterusnya.

2. Tetapkan Lokasi Majlis dan Tetapkan Untuk Rewang ataupun Catering

Kalau ada ramai ahli keluarga yang supportive, pilihan yang terbaik adalah untuk buat majlis di rumah dan masak secara rewang. Tapi kalau ada kekangan family tak ramai, family tinggal jauh dan sebagainya , pilihan yang terbaik adalah buat majlis di dewan dan gunakan perkhidmatan catering. Berdasarkan pengalaman , boleh dikatakan 45% - 55% budget yang kita dah tetapkan akan digunakan untuk sewa dewan dan pakej catering bergantung kepada jumlah tetamu yang kita jemput.

Lokasi Majlis

Pilih lokasi yang selesa untuk majlis. Cuba cari dewan yang berhawa dingin , ada parking yang luas , tandas, dan juga surau. Lebih baik kalau dapat dewan yang harga sewaan termasuk sekali kerusi dan meja. Tak semua dewan yang sediakan kerusi dan meja. Cuba buat estimation cost untuk sewa kerusi dan meja. Buat comparison antara harga sewaan dewan yang dapat kerusi meja VS dewan yang perlu sewa kerusi meja dari pihak luar. Kemudian buat lah pilihan yang terbaik mana yang lebih berbaloi. 

Kalau direzekikan untuk dapat dewan yang elok with good price termasuk kerusi meja, gunakanlah dewan tu sehabis maximum. Boleh terus adakan akad nikah dan sanding pada hari yang sama dan di tempat yang sama. Kita boleh berbincang dengan pihak catering untuk susun atur majlis yang kita nak. Kalau buat akad nikah dan sanding di lokasi yang sama , boleh request pada pihak catering untuk sediakan jamuan ringan. Jamuan ringan ni berupa kuih-muih dan minuman panas untuk tetamu alas perut sebelum makan tengah hari. Untuk jamuan ringan ni pihak catering akan minta kita untuk tambah bayaran, tapi berdasarkan pengalaman bayaran yang kena tambah jauh lebih murah dari harga pelamin akad nikah/khemah majlis akad nikah.

Perkhidmatan Catering

Dalam banyak-banyak benda untuk persediaan majlis , paling risau tentang catering. As for me, sangat penting untuk kita pilih service catering yang terbaik dan berpengalaman with good reviews. Masyarakat kita ni sangat sensetif kalau lauk tak cukup. Pastikan kita selidik betul-betul service catering yang kita ambil. Selalunya catering yang berpengalaman ni lebih pandai estimate lauk-pauk yang mereka sediakan. Mereka akan advise kita untuk elakkan jemputan dari mulut ke mulut sebaliknya gunakan kiraan kad sebagai penentu. Seboleh-bolehnya cuba ikut apa yang mereka suggest untuk elakkan hal-hal yang tak diingini berlaku. Selain itu, ada sesetengah service catering yang tak ambil caj tambahan untuk sarung kerusi, ada pula yang ambil caj tambahan untuk sarung kerusi. Tips berjimat, tak perlu balut semua kerusi yang digunakan untuk majlis , memadai untuk tetamu VIP sahaja.

3. Pelamin dan Hiasan Dewan

Tips yang paling penting untuk hiasan dewan ni pastikan pelamin yang kita tempah tu full cover pada stage dewan supaya pelamin kita tak nampak tergantung kat tengah-tengah. Full cover ni tak bermaksud bunga kena penuh stage , tips berjimat cukuplah sekadar ada tirai di belakang stage. Pastikan kain yang digunakan untuk cover belakang stage tu berwarna putih supaya nampak exclusive dan cantik di dalam gambar. English garden white theme sesuai untuk menampakkan hiasan dewan tu cantik dan exclusive walaupun simple. Tapi lain orang lain citarasa, terpulang kepada keperluan dan kehendak masing-masing.

Selalunya harga pelamin dewan akan lebih pricey berbanding pelamin rumah. Tips yang seterusnya , cuba grab promotion yang butik ataupun event decorator tengah buat. Sentiasalah berdoa supaya kita dimurahkan rezeki sebabnya boleh jimat banyak kalau dapat promotion slot ni. Alhamdulillah untuk pelamin, hiasan dewan dan persalinan sempat grab untuk promotion slot. Semua ni demi kegigihan nak cantik tapi berjimat.

Masa survey untuk majlis yang dah berlalu lapan bulan lepas, mostly rate untuk pelamin dan hiasan dewan ni start from 3K. Ada yang cecah hampir 10K. Untuk promotion slot tu kami berjaya dapat harga below 3K with these items :-
  • Pelamin , Hiasan Meja Beradap, Walkaway, Arch, Cake Table Deco,Two Tier Fresh Flower Wedding Cake and Guest Book Table Decoration
Boleh dikatakan lengkap walaupun no photobooth , candy buffet etc. Bergambar memang pakai pelamin sepenuhnya. Kalau ada budget lebih boleh tambah photobooth , candy buffet etc , tapi yang dah list atas ni pun dah cukup memadai.


Ni contoh hiasan dewan masa majlis yang lepas. Kami request untuk buat akad nikah dan sanding pada satu majlis. Ni set up untuk akad nikah. Pastikan pihak catering tahu layout yang kita dah plan supaya semuanya berjalan lancar. Pihak catering akan susun kerusi ikut layout yang kita dah tetapkan. Lepas selesai akad nikah , mereka akan ubah layout akad nikah ni untuk tambahkan meja tetamu persediaan untuk jamuan tengah hari nanti. Sarung kerusi tu alhamdulillah pihak catering tak ambil extra caj. Dah cukup memadai walaupun tak ada ribbon pada belakang kerusi. Kerusi meja pun dah termasuk sekali dalam sewa dewan.


Hiasan Meja Beradab


Walkway

4. Persalinan

Untuk persalinan ni disebabkan masa tu saya kerja di KL dan suami di JB , kami decide untuk ambil dari butik di KL sahaja. Ada butik yang benarkan kita bawa baju keluar dari kawasan, tapi ada butik yang tak. Selalunya butik akan bagi tempoh masa selama seminggu untuk kita hantar baju selepas majlis. Cuba cari butik yang senang untuk kedua-dua pihak datang fitting baju. Boleh dikatakan akan ada at least tiga kali untuk fitting baju. Agak memakan cost untuk ulang - alik kampung dua tiga kali dan memenatkan. Jadi untuk selamat kami terus decide tempah persalinan dari KL.

Bagi fabric hunting, kain songket banyak dijual di sekitar jalan TAR. Ada banyak pilihan seperti di Teh Songket, Osman Silk, Gulatis, Sarah Hughes Globe, Semua House dan Jakel. Tapi saya paling berkenan dengan material songket dari Jakel yang lebih lembut berbanding yang lain. Harga songket di Jakel adalah negotiable untuk set pengantin. Kalau display harga RM 75 per metre, try nego sampai dapat best price. Promotion slot ni kami dapat untuk pakej new rental songket include accessories, pakaian lelaki , pakaian perempuan, kasut songket, shawl, veil dan juga artificial hand bouquet. Tapi untuk hand bouquet ni teringin sangat nak fresh flowers, jadinya tak pakai pun yang butik sediakan.

Bagi persalinan akad nikah pula, kami ambil tailoring package dari butik yang sama. Pakej ni termasuk jahitan baju melayu, baju perempuan dan veil termasuk beads and detailing. Senang semuanya ambil dengan satu butik, tak perlu nak ke lain-lain tempat. Tips untuk dapatkan lace yang murah tetapi cantik , cuba follow instagram mana-mana trusted lace personal shopper dari Malaysia yang ke Bandung untuk dapatkan lace. Harga lace di Bandung jauh lebih murah berbanding Malaysia. Tips yang seterusnya, kalau boleh cuba tempah baju akad nikah yang boleh di pakai semula selepas majlis.

Dari segi pemilihan warna, kalau jenis confident nak pakai warna putih masa akad nikah, it's okay. Tapi kalau dalam hati tu macam dah ragu-ragu tak confident , better elakkan. Tak semestinya tak pakai warna putih masa akad nikah tu tak cantik. Dulu masa nak pilih warna untuk akad nikah pun ada perasaan yang macam 'Okay tak ni kalau pakai warna putih' sebab memang dari dulu sangat tak confident nak pakai putih. Cuba lah sejukkan hati konon-konon bila make up nanti cantik kot kalau pakai putih? Tapi at the end ikut instinct yang tak nak warna putih , jadinya pilih lah warna pink belacan tu sebagai theme untuk akad nikah. Normally kalau kita perasan, setiap orang tu akan ada warna yang memang masuk dengan dia punya identity. Try to choose your colors not following others. Pakai warna yang buat kita rasa confident dan cantik. As simple as that for both akad nikah dan sanding :)

Untuk kasut bertutup bagi lelaki , kalau future husband kita tu jenis memang pergi kerja pakai kasut kulit it's okay if you want to invest your money to buy a new one. At least boleh pakai selepas majlis. Tapi kalau bakal suami yang jenis tak pakai kasut kulit during his working hours , tak perlulah beli yang baru. Cukuplah pakai yang mana ada , boleh polish sampai berkilat.

Lagi satu tips , kalau suami kita tu memang jenis sentiasa pakai safety boots pergi kerja dan kalau dalam masa dekat majlis tu safety boots dia dah tak nampak rupa macam safety boots ; dalam masa yang sama jugak masih tercari-cari untuk beli kasut yang nak pakai masa bersanding, alang-alang tu beli safety boots baru dan pakai masa sanding. It sounds weird tapi kena pandai pilih safety boots yang sesuai jadinya orang tak kan perasan tu safety boots :)

Untuk majlis haritu kami pilih warna dark brown dan design safety boots tu macam boots biasa yang Camel Active punya tu. Dah selamat duit daripada beli kasut yang belum tentu kita pakai nanti :) Alang-alang beli safety boots tu boleh pakai pergi site, tak la membazir macam tu sahaja.

5. Make Up

Ada sesetengah orang berpendapat make up ni tak terlampau penting , but as for me make up ni memainkan peranan penting untuk bagi mood yang baik kepada pengantin. Cuba bayangkan kalau make up tu tak berapa nak menjadi , boleh spoil mood dari awal majlis sampai lah ke akhir majlis. Pastikan survey betul-betul MUA yang kita nak ambil tu. Pastikan kita ada connection yang baik dengan MUA kita tu , treat her as a friend not as a stranger supaya tak kekok semasa make up nanti.

Selain itu, elakkan terlampau ramai yang berkumpul di dalam bilik semasa MUA tengah make up. MUA tu pun manusia biasa, kita kena jaga dan hormat dia punya keselesaan. Kadang-kadang bila ramai sangat yang berkumpul , ramai jugak lah mulut yang akan mengganggu. Jadi untuk selamat, cuba minimumkan sesiapa yang akan teman kita semasa make up.

Tips ni yang paling-paling penting. Selalunya kita busy prepare yang lain sampai terlupa benda yang kecil-kecil macam ni :-
  • Sediakan jarum peniti yang secukupnya. Jangan beli yang jenis ada bulat kat hujung tu nanti kantoi pulak penuh jarum dekat kepala >.< (beli terus yang sebekas bulat tu untuk selamat sebab memang akan pakai banyak untuk shawl dan ketatkan crown)
  • Wajib bawa sponge untuk dap dap muka kita masa berpeluh. Pegang la ke sana ke mari masa majlis tengah berjalan tu. Ingat tau, dap dap bukan lap sepuas hati macam kita lap peluh tu!
  • Pastikan bawa make up remover dan face cleanser in case nak tukar make up semasa bersanding
  • Sediakan kerongsang lebih. Pastikan bukan kerongsang yang boleh terbuka masa kita tengah senyum ataupun gelak :)
  • Pastikan inner yang kita pakai semasa majlis tu dari warna yang tak terlampau striking. Untuk selamat pilih warna dari tone color pastel brown. Dan pastikan jugak inner ni yang selesa dipakai maksudnya tak terlampau ketat dan tak terlampau longgar
  • Skin color socks 
  • Perfume
Selain itu, bagi yang jarang-jarang pakai contact lens, dalam 2-3 bulan sebelum majlis tu pastikan kita biasakan diri dengan memakai contact lens. Cari contact lens yang tak cepat kering. Masa majlis haritu saya pakai contact lens dari brand ColourVUE. Ada satu kedai dekat Kangar yang boleh beli sepasang walaupun power mata kiri dan kanan berbeza. Dah jimat daripada kena beli dua pasang :) Alhamdulillah sangat selesa , tak rasa macam pakai lens pun sepanjang majlis tu. Kadang-kadang ada lens yang kita rasa macam ada selaput dekat mata tu kan , tapi bila pakai ColourVUE ni sangat selesa macam tak pakai apa-apa dekat mata. 

6. Barangan Hantaran

Untuk barangan hantaran ni pula, pilih barang yang memang kita akan pakai. Jangan ikut cakap-cakap orang. Kita yang tahu apa yang kita nak pakai, apa yang kita nak guna in future nanti. Don't invest on something that you rarely used.

Untuk manisan seperti kek hantaran , berdasarkan pengalaman kek yang selalu orang buat sebagai hantaran tu memang nampak cantik tapi bila bab nak makan akan rasa cepat muak. Senang cakap kek hantaran ni cantik dipandang tapi kurang sedap dimakan. Sebenarnya rasa menyesal jugak kenapalah tak tempah kek yang sedap macam brownies tu untuk buat hantaran. Kita boleh request untuk deco brownies tu supaya tak nampak kosong , harga pun murah berbanding kek hantaran yang cantik tu dan yang paling penting sedap. Kalau nak jimat dan untuk elakkan kek tu tak terbuang macam tu sahaja, boleh la jadikan brownies sebagai kek hantaran. Kalau ada budget lebih, boleh beli kek dari Secret Recipe tapi kena pastikan handle with care takutnya nanti kek tu dah mencair dulu di atas dulang sebelum cair di mulut :)

7. Dulang Hantaran

Dulang hantaran ni bergantung atas kerajinan sama ada nak DIY sendiri ataupun nak sewa sahaja. Untuk DIY , kena rajinkan diri survey dekat mana boleh dapatkan dulang serta artificial flowers yang murah. Kena usaha lebih sikit. Untuk contoh-contoh hantaran boleh tengok di facebook pun banyak. Tapi saya lebih suka tengok dari Pinterest sebab lebih menarik. Dulang hantaran yang pakai rustic theme ni nampak simple but nice , ada taste. Tak pakai banyak bunga , tapi menarik.

8. Pakej Kad Jemputan

Dari mula-mula plan nak kahwin tu memang teringin sangat-sangat nak selaraskan satu tema untuk pakej kad jemputan ni. Tapi bila survey tersangatlah mahal sebab nak tempah sekali dengan kotak doorgift. Mula-mula tu dah give up jugak, tapi fikir punya fikir dapat idea untuk cari tempat printing yang murah dan pakai design sendiri. Kebetulan ada kenalan yang boleh tolong design.

Untuk majlis yang lepas kami cuma buat yang ini sahaja :-

-Kad jemputan jenis poskad size 4x6 
 (Kami gabungkan jemputan dari kedua belah family dalam satu kad , sebab membazir nak buat yang   folded tu akhirnya nanti ke tong sampah jugak. Kad jemputan ni print di Printingboy. Satu kad tu   boleh dapat below RM 0.20. Dalam RM 0.15 kalau tak silap)
-Penunjuk Arah
 (InviPrint Jitra)
-Welcome Board jenis foam + stand 
 (InviPrint Jitra)
-Kotak doorgift 
 (Seri Orkid Print Jitra) (Untuk kotak doorgift ni dapat dalam RM 0.40 per pcs)

Semua item yang di atas ni pakai design yang sama dengan kad jemputan. Konon-konon nak bagi nampak cantik. Banner dan yang lain-lain tu kami tak buat sebab dirasakan tak perlu. Tapi semua ni ikut kehendak masing-masing , nak mudah boleh terus ambil pakej yang disediakan dan bekas doorgift tu boleh beli secara berasingan :)

9. Doorgift

Untuk doorgift ni paling senang bagi benda yang dah di pack contohnya kekacang. Kalau ada ramai ahli keluarga , boleh beli kerepek timbang dan repack secara ramai-ramai sebelum majlis tu. Kalau ada kekangan tak ramai ahli keluarga ni yang paling mudah adalah bagi benda yang dah siap dibungkus seperti jajan yang boleh dibeli secara borong kemudian terus isikan ke dalam kotak atau pun paperbag. Cepat dan mudah. Untuk yang bagi bahulu ataupun muffin , kena check betul-betul sama ada bahulu/muffin tu masih dalam keadaan elok ataupun tak sebelum diedarkan kepada tetamu.

10. Photographer 

Selain MUA, photographer ni pun antara orang yang terpenting dalam majlis kita. Kalau awal-awal tu kita tengok gambar yang dia ambil tu macam tak berapa nak kena dengan taste kita, cuba cari yang lain. Lain photographer ni lain cara editing. Ada macam-macam jenis tone gambar. Sekarang ni paling mudah cari photographer dari Instagram. Buat pilihan yang terbaik dengan pakej yang mereka tawarkan. Ada yang bagi album 20 pages , ada yang 40 pages dan sebagainya. Buat comparison dengan setiap pakej yang ada.

11. Bridesmaids

Selain dari family yang banyak membantu, antara orang kuat sebelum dan semasa majlis haritu ialah bridesmaids-bridesmaids ku yang mulutnya hingaq tapi hatinya baik :) Depa ni lah yang tolong buat doorgift , yang tolong jadi runner yang tolong jadi person in charge masa majlis , yang tolong jaga DJ supaya tak tersasar dari landasan bercakap , yang tolong agihkan wedding cake kepada tetamu yang tolong pakaikan inai dan buat konon-konon macam henna night walaupun bride-to-be pakai baju kelawaq ja dasar tak glamour betul. Hahaha

12. Henna

Untuk berinai ni pulak saya memang tak minat jenis lukis-lukis tu. Dah sedikit jimat untuk bahagian ni. Inai pun pakai inai cone tu sahaja. Pakai dekat jari dan kuku. Malam sebelum majlis baru sempat pakai dengan bridesmaids-bridesmaids. Malam last sebelum jadi isteri orang yang paling bermakna sebab boleh spend masa dengan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

13. DJ dan PA system

Selalunya DJ di sebelah utara ni bila dah dapat mic jadi lain macam sikit. To be honest saya tak sukakan suasana yang bising dengan music yang serabut dan DJ yang banyak bercakap. Saya lebih suka majlis yang dalam suasana tenang dan selesa. Sebelum majlis tu selalunya DJ akan minta kita punya pengenalan diri, kerja apa , macam mana detik perkenalan dan sebagainya. Tapi saya request untuk tak perkenalkan semua tu , cukup sekadar text yang simple mengumumkan setiap satu seperti perarakan masuk ke pelamin , bacaan doa , acara potong kek dan akhir ke acara makan beradab. Selepas DJ dah siap bagi command untuk setiap satu acara ni, terus sambung ke musik gamelan dan instrumental seperti yang dimainkan sebelum acara bersanding.

Tips yang terakhir bagi tentatif majlis boleh dilakukan seperti berikut :-

Perarakan masuk terus ke pelamin - Bacaan Doa - Potong Kek - Makan beradab

Selepas dah habis acara potong kek, cari beberapa orang person in charge yang boleh tolong agihkan wedding cake ke setiap meja. Potong kek tu kecil-kecil dan letakkan di setiap meja untuk tetamu. Mungkin tak cukup untuk setiap tetamu yang datang , but we try our best to manage sebabnnya kadang-kadang wedding cake ni tak habis pun. Untuk elakkan membazir, boleh agihkan ke setiap meja yang ada :)

Alhamdulillah, dah siap pun satu entry. Maaf sebab entry ni macam panjang sangat la pulak. I hope it will help. Kalau ada apa-apa yang tak clear, boleh comment di FB ataupun comment di blog insha allah I will try my best to help. Sorry if there are any irrelevant tips. Semoga dipermudahkan untuk setiap yang akan berkahwin. Thank you for reading :)


No comments:

Post a Comment